bulanbiru
Your Ad Here








bulanbiru



MySpace Backgrounds



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Tuesday
Kehidupan...dia

Bila ada masa yang sesuai, pasti aku ke sini lagi. Banyak perkara baru yang aku terima, banyak berita terkini yang aku dapat dan banyak benda telah menjadi sesuatu yang lebih bagus.

Ramai kenkawan aku yang dulunya seorang, kini telah berdua, dan ada juga telah bertiga..Ada juga khabar yang ku terima dalam proses untuk berdua. Bagus dan gembira aku mendengarnya.

Bila berbual dengan seorang kawan lama..apa perkembangan Bulan sekarang?? Sebenarnya banyak juga perubahan dan perkembangan. Namun tak semua dititipkan diruang ini. Hehehe..

Tentang pelajaran, telah tamat. Tentang kerja, pun telah berada di tempat yang baru dan bersama dengan bos serta rakan baru. Kehidupan juga berubah. Semakin gembira dan ceria..Moga aku terus bahagia dan gembira selalu..Amin!!

Itulah cerita aku untuk waktu ini.
Sebenarnya berharap sangat dapat menerima berita gembira dari seseorang yang jauh..Tapi entahla..mungkin tiada kesudian lagi untuk berkongsi cerita dgn Bulan :(

Posted at 1.5.12 by bulanbiru
Comment (1)  

Saturday
Masih Ke sini

Malam ini, aku mencari sesuatu di internet. Teringat untuk singgah sebentar di ruangan ini. Biarpun ramai yang tidak menggunakan 'blogdrive' lagi, namun sesekali aku pasti menjengah ke sini. Di sini terdapat sesuatu yang buat aku sayu, membuat aku tersenyum sendiri dan membuat kenangan lampau segar kembali.

Aku suka jika aku menulis, tiada siapa yang terjah membaca. Kerana aku menulis sekdar kepuasan hati aku. Tidak kena mengena dengan sesiapa.

Malam ini, aku teringat seseorang..'Apa khabar agaknya ketika ini'..Maaf kan saya!!

 

Posted at 7.4.12 by bulanbiru
Make a comment  

Sunday
Tak Tahu Nak jelaskan

Entah macamana nak jelaskan.Tak tau macamana nak beritahu. Tak dpt nak beritahu, yang antara kita cuma kawan dan tak lebih dari tu. SUsah bila fikirkan,tentu ada hati yang terluka, pasti ada jiwa yg kecewa. Kenapa mesti ada perasaan ini??Mungkin boleh aku beritahu, tapi bagaimana nanti.Boleh kah kami terus berkawan begini.Bolehkah kami terus bercerita sambil gelak ketawa seperti sekrang.

Kenapa tidak boleh memberi peluang utknya???Banyak sebab.Sebab yg perlu aku jelaskan dari mula kami kenal.Sebab yg dia bukan dlm pilihan hati aku.

Sebab aku tak sesuai, aku hanya sesuai sebagai kawan ketawa untuknya. Kegembiraan dlm setiap perbincangan dan cerita kita, itu sebab kau boleh berubah hati utk memiliki hatiku. Tapi itulah jiwa aku, selalu berbual dan kkdg membuat org lain terasa gembira.Setiap hari kami akan berbual.Takkan itupun boleh membuatkan hatimu tertarik.
Aku bukan datang dan pergi sesuka hati.Hubungan persahabatan ini ikhlas.Dan mungkin lebih kekal begini.

Untukmu kawan, berilah ruang kat hatiku, untuk menerima kehadiranmu cuma sebagai teman.Tolonglah fahami aku, yang aku sayangkan persahabatan ini kerana dirimu seorang kawan yg boleh berbicara, boleh mengembirakan hati aku.Aku pasti jika hubungan ini bertukar , pasti nanti ada jiwa yg kecewa, ada hati yg terluka,dan mungkin kegembiraan hari ini sukar utk dinikmatinya lagi. Sayanglah aku sebagai kawanmu, bukan lebih dari itu.

(drp blog terdahulu)

Posted at 22.1.12 by bulanbiru
Make a comment  

Tuesday
Masalah Dunia ke??

Saya membaca juga blog 'SangPelangi'. Kebanyakan entrinya memang menarik. Singgah dengan rahsia, segan untuk meninggalkan jejak. Satu catatan yang saya copy dari blog beliau. Harap 'SangPelangi' izinkannya..

"...Bagi aku, manusia yang mempunyai masalah cinta selalunya akan memilih antara tiga pilihan. Pertama, memendam rasa dan takkan ceritakan masalahnya itu pada sesiapa pun. Kedua, memilih untuk menceritakannya pada rakan-rakan terdekat. Ketiga, lebih selesa berkongsi masalah dengan total strangers yang tidak dikenali..."

Posted at 17.1.12 by bulanbiru
Make a comment  

Sunday
Berhati-hati..

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka untuk insan lain. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbang rasa ketika meluahkan kata-kata, agar tidak menyinggung hati kecil insan yang mendengarnya. Kesalahan boleh bermula dari kata-kata..

"Prihatin kepada sesuatu, kalau tak tahu, cubalah ambil tahu,
supaya lebih tahu dan tak perlulah untuk diberitahu lagi..."

(drp blog terdahulu)

Posted at 15.1.12 by bulanbiru
Make a comment  

Thursday
Bersawang dan Berlumpur

Lama benar tak bertemu dan bertamu di ruangan ini. Mungkin dah bersawang dan berlumpur..Berbagai perkara yang aku lalui sepanjang menyendiri..ketika detik susah, duka, sedih dan gembira. Namun di sebalik masa itu aku banyak mempelajari sesuatu. Tentang perjalanan ke dunia 'baru', tentang sakit, tentang 'hati', tentang kawan, dan tentang 'kekuatan'..

Mencari kekuatan diri, memerlukan sokongan. Mencari hati dalam ketenangan perlukan doa dan kesabaran. Mungkin ada teman yang sedar, mungkin ada teman yang ingin bersama melengkapkan diri ini dengan kekuatan,namun sebenarnya begitu payah untuk mencapainya. Bangun, berjalan dan cuba untuk berlari, tapi kekadang jatuh dan tersungkur juga..

Di manakah kekuatan dalam hati dan diri ini ketika berjuang. Sukarnya di saat jiwa semakin resah di ujiNya..tabahkan aku dengan sedikit keimanan yang ada, agar aku dapat terus kukuh disebalik hikmah yang disampaikan..

Posted at 12.1.12 by bulanbiru
Make a comment  

Wednesday
Saya.!.Di waktu ini

Lama tak menulis di ruangan ini. Ketika hati masih melalui saat-saat genting ini, rasa ingin sekali bersembunyi. Terasa di saat itu, sayu kerana mengingati seseorang yang semakin jauh. Rindu yang teramat, ingin sekali mendengar gurauan dan senyumannya. Namun sesekali tiada lagi. Pasrah dengan takdir Ilahi.

Restuilah perjalanan hidup ini ketika saat penting begini, amat perlukan kekuatan dan semangat untuk terus berjuang. Selembar senyum mu buat azimat di hati untuk meneruskan juangan yang panjang berjela. Sekelumit kata-kata mu buat tangkal di hati untuk meneruskan kehidupan yang mencabar.

Saya mahu menepikan perasaan yang kurang menyenangkan. Biarpun dalam masa terdekat ini, hati ini seperti disakiti. Sepatutnya saya diberikan kesabaran dan ketenangan, namun sukar nya untuk menepis kesedihan.

(dari blog lama yg telah delete)

Posted at 23.11.11 by bulanbiru
Make a comment  

Tuesday
Tak Bisa Ku Mengapai..

Sungguh tak bisa aku melupakannya. Pasti naluri kerinduan datang menyapa setiap kali hati cuba melepaskannya. Sungguh payah melemparkan ingatan yang ada. Hati akan menangis sayu memegang erat kenangan itu. Sukar untuk dicapai, tinggi mu kemuncak. Tak bisa digapai, jarak mu yang menjauh.

Lepaskan dari ikatan hidupmu. Leraikan dari kenangan. Biarkan ianya berlalu. Usah ditoleh lagi jejak lampau. Teruskan perjalanan mu...Itulah semangat atau igauan yang sentiasa mengiringi semangat aku.

Namun hakikatnya aku tak bisa untuk membuangnya biarpun telah jauh aku merantau, biarpun telah lama ku tinggalkan.

K ..say "don't hide the truth"..

Posted at 22.11.11 by bulanbiru
Make a comment  

Saturday
Takut

Aku sengaja jauhkan, Kerana hatiku semakin takut
Aku sengaja beralasan, Takut aku dipersalahkan..

Lebih baik aku perlahan-lahan berundur, Dari tiba-tiba jatuh
Sebab aku takut pada akhirnya, Aku tahu memang begitu..

Ianya takkan mengubah. Biarpun aku berubah...

Aku tak ingin mencuba, biarpun diberikan peluang
Kerana peluang itu akan menyakiti insan lain

(drp blog terdahulu)

Posted at 19.11.11 by bulanbiru
Make a comment  

Thursday
Sang Pelangi..dimana??

 

Puas aku merenung cahaya itu
Cantik, amat Indah
Dari mana hadirnya??
Tiba-tiba terpancar dibalik sana

Termanggu seketika
Lantas mengingat semula
Hujan tadi...
Patut la cahaya itu kembali muncul

Sejalur mu yang berwarna warni
Menarik dan memukau mata merenung
Hanya aku yang tahu
Dari seni itu mengingati selalu

Di mana sang pelangi tadi??
Hanya sebentar berlabuh
Hilang di panah mentari terik
Akhirnya tiada lagi

Sang pelangi pergi lagi
Meninggalkan secebis memori hari ini
Entah kapan kan kembali lagi

Aku amat merindui pelangi itu...

Posted at 17.11.11 by bulanbiru
Make a comment  

Next Page