bulanbiru









bulanbiru



MySpace Backgrounds



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Tuesday
Saya Sengaja Begini

Dah lama tak menulis tentang hati. Tentang perasaan yang sebenarnya terasa hati. Sebenarnya saya ingin sampaikan kata hati untuknya. Saya ingin suarakan rasa gembira untuknya. Namun sedikit hati terguris, lantas saya biarkan perasaan itu bersahaja tanpa diucapkan. Biarkan begitu, seolah-olah saya tidak pernah mengambil tahu semuanya. Seperti saya semakin jauh dari hidupnya. Biarpun pada hakikatnya, saya berharap dirinya selalu gembira di sepanjang perjalanan yang dilaluinya sekarang ini.

Buat insan itu, biarpun saya tidak lagi bertegur, jangan berprasangka saya membenci. Biarpun saya tidak lagi bertamu, jangan menyatakan saya mula menjauhkan diri. Saya lakukan semua ini untuk kebaikan..untuk diri kamu...Kerana saya tak bisa menjadi yang terbaik sepertimana yang kamu harapkan. Namun saya tahu ada yang terbaik untuk kamu..dan saya gembira jika kamu gembira...

Kita Selalu Sahaja Begitu, Melewati Perkara Yang Ada Di Sisi Tanpa Menoleh Sedikit pun Ke Arahnya Kerana Bagi Kita Tidak Penting Mana, Sehingga Ianya Hilang Dan Tiada.. Dan Di Saat Itu Tidak Ada Waktu Lagi Untuk Berpaling Dan Tanpa Kita Sedari Kita Sebenarnya Semakin Jauh Dan Dijauhi..

Posted at 21.10.08 by bulanbiru
Comments (3)  

Monday
ItuKah Cinta??

"Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yang kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti. "


Posted at 13.10.08 by bulanbiru
Comments (7)  

Sunday
Ucapan Raya Dari Kak Azza

Kad Raya ni dari Kak Azza..
Saya selalu singgah kat blognya,
sebab kak Azza ni banyak cerita menarik yang selalu dikongsikan..
TQ Kak Azza..

Selamat Hari Raya untuk Kak Azza dan Keluarga.


Posted at 12.10.08 by bulanbiru
Comments (2)  

Monday
Selamat Hari Raya 2008

Dengan keikhlasan,
saya ingin ucapkan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
kepada semua pengunjung blog ini.
Moga kita diberikan Keberkatan olehNya sempena menyambut Syawal yang Mulia
.


Posted at 29.9.08 by bulanbiru
Comments (4)  

Wednesday
Belajar Mencintai Seseorang

"...apabila kita mula belajar mencintai seseorang, kita akan membenarkan hati kita dilukai sewenang-wenangnya oleh orang yang dicintai...Bukankah hanya orang yang disayangi mampu melukai hati orang yang menyayangi?"...


Posted at 24.9.08 by bulanbiru
Comments (5)  

Monday
Puisi Cik Sarah

Puisi : Pada Tanah Ini

Pada tanah ini yang memerah
ada darah datukku
dahulu menghunus parang
membuang petualang
terkubur bukan kalah
dialah pahlawan bertaruh nyawa
demi tanah ini
bergadai jasad sangguplah jua.

Demi tanah ini tempat berdiri
galang-ganti harga diri
tanah junjungan pertiwi
asyiknya idamkan berdiri sendiri
bunuh itu British!
usir itu Jepun!
biar bercerai kasih
takkan dia berganjak sedikit pun.

Tanah ini tanah bebas
kerana tangan-tangan berdarah itu
melihat neraca hidup seperti roda
yang zalim pastinya tewas
yang benar menanglah jua.

Jaga tanah ini baik-baik
jangan biar retak
jangan biar dipajak
tanah ini ada harta
dari tangan berdarah dahulu
buat warga bumi merdeka

~ Sarah Mohd Shukor ~
Moscow, Rusia

Ini adalah puisi tulisan Cik Sarah yang telah disiarkan
di Mingguan Malaysia, Ahad 7 September 2008.


Posted at 8.9.08 by bulanbiru
Comments (5)  

Sunday
Awards

Awards dari kawan-kawan terbaik saya. Terimakasih untuk semua kerana penghargaan yang diberi.
Sangat-sangat saya hargai..


Award ini dari Sahabat saya : IeN


Award dari Kak Azza

 


Posted at 7.9.08 by bulanbiru
Make a comment  

Thursday
Salam Ramadhan


Posted at 21.8.08 by bulanbiru
Comments (11)  

Monday
How To Love SomeOne

Water in Hands

You see this water carefully contained on my hand. As long as You keep your hand caringly open and allow it to remain there, it will always be there. However, if You attempt to close your fingers round it and try to posses it, it  will spill through the first cracks it finds.

This is the greatest mistake that people do when they meet, they try to posses it, they demand, they expect and.... just like the water spilling out of your hand, love will retrieve from You.

" Life is not measured by the number of breaths we take,
but by the moments that take our breath away.."


Posted at 18.8.08 by bulanbiru
Comments (3)  

Sunday
Bila Hati Dimiliki

Bila hati diikat dengan janji, bila rasa dibelai dengan cinta..
Itulah permulaan gerbang kehidupan.
Tandanya hati telah dimiliki.


Posted at 10.8.08 by bulanbiru
Comments (9)  

Previous Page Next Page