|
Terdetik hati untuk menjejaki semula kenalan lama. Tapi tak tau bagaimana. Insan itu jauh diperantauan. Semua mengenai dirinya seperti alamat, telepon, email dan sebagainya tidak aktif lagi. Telah terputus hubungan sejak 3 tahun lalu. Persahabatan 'maya' telah menjadikan kami begitu akrab. Namun sedikit permasalahan yang wujud, menjadikan semuanya berakhir begitu sahaja.
Semalam tiba-tiba hati mengingatinya. Rindu tiba-tiba hadir bersama kenangan lalu. Dimana agaknya sekarang ini? Sudah berkahwin ke? Kerja apa agaknya? Mungkin itulah persoalan yang akan diajukan bila menemuinya kelak. Namun hati tak pasti, apakah ada pertemuan lagi antara kami.
Kenapa mesti mencari kembali?? Banyak jawapan yang perlu diperjelaskan. Yang pasti, aku ingin jadikan dirimu kawan yang kekal, bukan untuk kelmarin ..bukan untuk dulu-dulu..dan bukan sekadar memori sahaja. Sambutlah persahabatan ini, supaya ianya nyata. Antara kita ditakdirkan untuk menjadi kawan sampai bila-bila..
" Kenapa setiap perasaan cinta itu
sukar diakhiri dengan persahabatan..??" |
| bulanbiru December 21, 2008 03:11 AM PST Salam utk temanku IeN, Atie,Cinta | ||
| Cinta November 29, 2008 01:07 PM PST salam bulan.. hidup baik-baik teman :) | ||
| Name November 18, 2008 11:36 PM PST atie pun pnh rase pe yg awak rase... | ||
| iEn November 17, 2008 09:53 PM PST xkeja lagi hehehehe... kurang sihat skit skarang | ||
| Leave a Comment: |