Entry: Berakhir Di Sini... Friday



Assalamualaikum Kawan-kawan:

Akhirnya saya kembali dengan sedikit catatan untuk semua. Saya memohon kemaafan kerana masih tidak sempat untuk menghubungi kalian, kerana masih tidak sempat untuk mengenali kalian dengan lebih dekat dan masih tidak sempat untuk berkunjung ke blog kalian. Disebabkan 'ketidaksempatan' yang terlalu, saya ingin memohon berjuta kemaafan dan bersedia mengundur diri. Demi ruang yang telah banyak memberi saya peluang mengenali dunia blogger, mengenali teman ada di antara tanpa suara, tanpa rupa namun hubungan itu semakin akrab. Saya benar-benar menghargai.

Saya berharap di suatu ketika nanti, saya masih berkesempatan untuk kembali di sini. Saya juga tidak berkesempatan mengucapkan selamat tinggal untuk seorang 'adik' di blog 'disenjakala.blogdrive.com'. Harapan saya masih berkesempatan untuk bertemu dengannya suatu ketika nanti. Juga seorang kawan saya 'AiRyn' yang baru melangsungkan perkahwinan, saya ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" dan Maaf kerana saya telah terlepas tarikh tersebut.

Buat kawan-kawan semua, saya sebenarnya amat menghargai persahabatan ini. Selamat Tinggal semua. Moga ada kesempatan untuk kita bertemu kembali.
Wassalam.

   6 comments

Bulan
September 17, 2009   12:09 PM PDT
 
Assalamualaikum;

Cinta:
Thx 4 d email. Maaf byk2, sbb saya x berkesempatan utk membalasnya. Namun cinta tetap dihati.

Chop:
Thx 4 invite me. Kalau ada masa nnt sy melwat awak.

IeN:
InsyaAllah jumpa lagi. Take care of urself.

Acai:
Salam sahabat.Thx selalu mengingatkan saya..

Sham:
Salam,Terimakasih kerana selalu berada di sini. Kak terlalu bz dan rindu saat kita selalu berbual.
btw, take care dan happy always.
sham
July 10, 2009   11:34 AM PDT
 
Salam.... moga akak tahu akan ada seseorang yang sentiasa akan menjenguk ke sini.... Insyaallah...



Salam Sayang...
Acai
June 18, 2009   06:54 PM PDT
 
Slm sahabat,
Semoga semuanya baik2 je kehidupan sekarang ye..just nak bagitau awk masih ada kengkawan yang ingat awk kat sini..:) sy salah seorangnya tau..
iEn
May 17, 2009   10:44 PM PDT
 
take care cik bulan.. hope dpt jumpe lagi :D
Chop
April 3, 2009   02:42 AM PDT
 
haluu...ade org xni?huhu jom jenguk blog terhangat sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,ok bye .....
Cinta
March 25, 2009   10:31 PM PDT
 
salam...
Sila check emel gmail ya...jaga diri sahabat..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments